Search This Blog

Pages

Sunday, June 13, 2010


Assalamualaikum kepada all jemaah surau darul aman...jadikan surau ini hanya milik Allah..jangan anggap ia milik peribadi,walaupun jasa dan budi banyak yang telah ditabur,namun ia tetap rumah Allah.Jangan sesekali jadikan perasan sebagai panduan disurau.Hormatilah pengurusan sedia ada ,berilah peluang kepada kami.Harta surau adalah harta waqaf,wajib bagi penjaganya menggunakan bersama,tidak kira apa bangsanya,asalnya...pilihlah apa agamanya.Berdosa jika menahan waqaf yang ada.Kita cuma diberi amanah,bukan jadi pemiliknya.Ingatlah wahai semua surau ini rumah Allah...bukan milik peribadi,tidak kira kita tua atau muda,berpangkat atau kuli,asal atau orang jauh,lelaki atau perempuan,pandai atau tidak,kaya atau miskin.....ia tetap milik Allah.

Dan jaga mulut dan kata-kata.Jangan orang takut kesurau angkara mulut.Jangan ada orang benci mulut tak kesurau.JIKA ADA tanggunglah dosa itu wahai yang bercakap.Kita semakin hari semakin tua...pujuklah..generasi muda untuk kesurau,bukan sebaliknya.Jangan ikut perkara lama,cara lama,hati yang lama.Surau bukan tempat bercakap yang bukan-bukan.Surau tempat memajukan islam,kita bukan kafir sampai menghina jemaah islam yang lain.kita adalah bersaudara!Ingatlah DOSA ITU kita tanggung sendiri.Jika suatu masa jemaah tiada kerana anda,nescaya sis-sialah amal ibadat itu...mungkin semuanya tidak diterima...Surau bukan tempat hendak menunjuk-nunjuk kita ini alim.surau tempat belajar,bertaubat,menyerah diri kepada Allah.Tidak kesurau tidak bermakna orang itu tidak sembahyang.tidak bermakna orang itu langgar suruhan Allah.Tapi kalau orang kampung tak kesurau hanya kerana benci,tak selesa,gerun akan seseorang dalam surau,maka hancurlah mungkin amalan orang disurau.INGATLAH WAHAI JEMAAH YANG ADA,JEMPUTLAH ORANG SECARA BAIK,LEMBUT..JANGAN MENGHINA...BERILAH PELAJARAN.JANGAN DIEJEK JIKA ADA JEMAAH YANG BERTAHUN TAK PERNAH KESURAU,TIBA-TIBA IA KESURAU BERJEMAAH,TAPI BERILAH GALAKAN KEPADA MEREKA.BERLEMBUTLAH JANGAN TERUS TERUSAN MENANGGAP DIRI ITU BOSSSS...DISISI ALLAH TIADAPUN ANTARA KITA INI BOSSSS...KITA HAMBANYA.Ingatlah tidak kira siapa kita..kita cuma diberi amanah.....

6 comments:

  1. ya memang betul tu.surau itu hanya milik Allah,kita adalah pemegang amanah sahaja.Bawalah orang kampung sama-sama berjemaah,bukan berkata yang bukan-bukan.

    ReplyDelete
  2. Yang pasti perkara ini berlaku di mana2 baik di pejabat/persatuan/majlis/keramaian apalagi surau...yg bestnya orang kita Melayu dan beragama Islam lah yg menerajui tangga teratas...bak cerita ketam melayu dan ketam cina...perasaan egois/cemburu/bosses bermaharajalela...tiada siapa yg dapat menukar seseorang itu kecuali dia sendiri yg mengubah persepsi terhadap diri sendiri & org lain.

    ReplyDelete
  3. be cool ya semua ajk baru dan doa kan selalu agar hamba Allah yg diperkatakan itu berubah ke jalan yg positif, insyallah. Salah satu cabaran yg kena dikendali secara profesional dan bukan mengikut perasaan amarah. Yg pasti two ways communication sesama ajk amatlah penting!!

    ReplyDelete
  4. ALHAMDULILLAH....SEMUA KOMEN AMAT BERGUNA..DAN AKAN DIJADIKAN PANDUAN.MUDAHAN DENGAN IZIN ALLAH SEMUANYA AKAN SELAMAT.MUDAHAN JUGA PERUBAHAN SECEPAT YANG DIHARAPKAN,JIKA TIDAK SURAU AKAN LENGANG,,,SURAU AKAN JADI BATU TANDA,,,SURAU HANYA JADI PELENGKAP KAMPUNG,,,SURAU AKAN JADI KEBANGGAAN KOLONI,,,TAK LEBIH DARI TU....

    ReplyDelete
  5. Tetapi walau apa pun dan siapa pun yg menjadi ajk surau rasanya tak salah cuba imbas kembali bagaimana asal usul adanya kpg dan surau kamunting ya...betapa penat jerih org lama o koloni itu cuba mendapat apa yg telah tersedia kini utk diteruskan dgn gandingan muka baru & lama. Tentu dimaklumi bagaimana perasaan yg lama kalau setiap harta yg telah diwakaf atas nama surau dipinjamkan sewenang2nya kpd penduduk kampung tanpa pengendalian yg sebaiknya oleh si penjaga...i.e. brg wakaf dikembalkan tidak spt keadaan asal (pch etc), atau langsung tidak dikembalikan. Mungkin cuma cara yg lama berkomunikasi tidaklah se profesional yg baru dlm menangani isu tersebut. Makanya yg baru kena lebih memahami keadaan sedemikian atau mungkin tak salah menghormati pandangan/suara2 lama yg berkata...Something need to be improved in d organisation work. Kan kah tanpa yg lama takkan ada yg baru sebagai kesenambungan perjuangan yg lama. Semoga ajk baru lebih berjaya dlm memimpin ukhwah jumrah merangkumi yg lama dan yg baru...seluruh penduduk kamunting amnya. Amin...

    ReplyDelete
  6. hormati yang banyak jasa itu betul,tidak menjadi masalah...itu yg kita buat dan faham....tapi masalahnya surau agak lengang kerana ramai penduduk kampung tak suka kepada kumpulan kecil ini.Kalau dilihat,ramai penduduk kpg berjemaah disurau kampung lain.Bila ditanya kenapa..jawapnya..tak suka kepada koloni tersebut.Kita Ajk amat payah meyakinkan mereka dtg kesurau kpg sendiri.Harta waqaf surau dulu banyak yg hilang,kini terjaga dan berekod,ada pegawai aset dilantik menjaganya.semua sudah teratur dengan cukup baik malah ada guru agama dari sebelah utara datang memuji.Kita amat menghormati yg lama tapi bagaimana pemduduk kpg????adakah kita sahaja yg nak kesurau???

    ReplyDelete