Search This Blog

Pages

Wednesday, June 30, 2010

Assalamualaikum,pada 01.07.2010 hari khamis malam jumaat akan diadakan mesyuarat dikalangan AJK Surau dan beberapa orang kampung.Diharap masalah seperti duri dalam daging dapat diselesaikan segera agar jemaah semakin bertambah.Sesiapa yg membaca atau terbaca artikel ini doakanlah yg terbaik.....

Sunday, June 20, 2010


Syukur alhamdulillah,,,,perancangan awal penambaikan prasarana surau sudah diperingkat kedua perlaksanaannya.Pihak penyumbang projek telah ambil perhatian serius akan pelan rancang yang telah dibuat.Walaupun tidak 100% menyumbang,pihak tersebut telah ambil perhatian yang amat menggalakkan.

Tuesday, June 15, 2010


Assalamualaikum....sekiranya nasihat dan bersemuka itu menjadi semakin berat,,adakah perang mulut akan terjadi? Yarrabbi....AJK ini sudah dilandasan betul...apa yg susah dulu dah senang..nak buat program kita bantu..janganlah ganggu.Bajet masuk apa kurangnya..kita mencari bersama-sama.Ramai hamba Allah datang membantu,sokonglah kami bukan menyekat atau mencela.Banyak perancangan sedang dibuat..itu sudah cukup pening...tapi dapat jua dirancang buat.Rancangan utama/task force kami sekarang adalah mengajak,menjemput,memujuk dan meramaikan jemaah surau.Ini matlamat utama.Mudahan ALLAH mengizinkannya ,memudahkannya tanpa ada halangan.Surau ini akan dijadikan milik seluruhnya umat islam bukan milik koloni tertentu.Tapi menggunakannya dengan peraturan dan niat yang betul,bukan main hentam kromo sahaja.Ramaikanlah Surau kita dengan peraturan yang betul.

Sunday, June 13, 2010


Assalamualaikum kepada all jemaah surau darul aman...jadikan surau ini hanya milik Allah..jangan anggap ia milik peribadi,walaupun jasa dan budi banyak yang telah ditabur,namun ia tetap rumah Allah.Jangan sesekali jadikan perasan sebagai panduan disurau.Hormatilah pengurusan sedia ada ,berilah peluang kepada kami.Harta surau adalah harta waqaf,wajib bagi penjaganya menggunakan bersama,tidak kira apa bangsanya,asalnya...pilihlah apa agamanya.Berdosa jika menahan waqaf yang ada.Kita cuma diberi amanah,bukan jadi pemiliknya.Ingatlah wahai semua surau ini rumah Allah...bukan milik peribadi,tidak kira kita tua atau muda,berpangkat atau kuli,asal atau orang jauh,lelaki atau perempuan,pandai atau tidak,kaya atau miskin.....ia tetap milik Allah.

Dan jaga mulut dan kata-kata.Jangan orang takut kesurau angkara mulut.Jangan ada orang benci mulut tak kesurau.JIKA ADA tanggunglah dosa itu wahai yang bercakap.Kita semakin hari semakin tua...pujuklah..generasi muda untuk kesurau,bukan sebaliknya.Jangan ikut perkara lama,cara lama,hati yang lama.Surau bukan tempat bercakap yang bukan-bukan.Surau tempat memajukan islam,kita bukan kafir sampai menghina jemaah islam yang lain.kita adalah bersaudara!Ingatlah DOSA ITU kita tanggung sendiri.Jika suatu masa jemaah tiada kerana anda,nescaya sis-sialah amal ibadat itu...mungkin semuanya tidak diterima...Surau bukan tempat hendak menunjuk-nunjuk kita ini alim.surau tempat belajar,bertaubat,menyerah diri kepada Allah.Tidak kesurau tidak bermakna orang itu tidak sembahyang.tidak bermakna orang itu langgar suruhan Allah.Tapi kalau orang kampung tak kesurau hanya kerana benci,tak selesa,gerun akan seseorang dalam surau,maka hancurlah mungkin amalan orang disurau.INGATLAH WAHAI JEMAAH YANG ADA,JEMPUTLAH ORANG SECARA BAIK,LEMBUT..JANGAN MENGHINA...BERILAH PELAJARAN.JANGAN DIEJEK JIKA ADA JEMAAH YANG BERTAHUN TAK PERNAH KESURAU,TIBA-TIBA IA KESURAU BERJEMAAH,TAPI BERILAH GALAKAN KEPADA MEREKA.BERLEMBUTLAH JANGAN TERUS TERUSAN MENANGGAP DIRI ITU BOSSSS...DISISI ALLAH TIADAPUN ANTARA KITA INI BOSSSS...KITA HAMBANYA.Ingatlah tidak kira siapa kita..kita cuma diberi amanah.....

Thursday, June 10, 2010

ceramah agama

assalamualaikum,pengumuman kepada semua umat islam kat kpg kemunting,malam ni 11/06/2010 ada ceramah agama di surau darul aman.sila lah datang untuk menambah ilmu....

Monday, June 7, 2010

assalamualaikum....terimakasih kepada yang telah menderma,sesungguhnya anda adalah insan yang redha.Semoga anda diberkati selalu....

Sunday, June 6, 2010

ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAH, KEPADA PEMBACA @ PENGIKUT BLOG INI,INGIN SAYA UMUMKAN BARANG SIAPA YANG MENDERMA,NESCAYA ALLAH MEMBALAS BERKALI-KALI KEBAIKAN...TAK TERHINGGA...MAKA DENGAN ITU,SEKIRANYA ANDA PEMURAH ORANGNYA,TIDAK SALAH,MALAH LEBIH BAIK SEKIRANYA ANDA DAPAT MENGHULURKAN BANTUAN ,DERMA KEPADA SURAU DARUL AMAN MELALUI AKAUN BANK MUMALAT BERNOMBOR 1103-0005389-72-8 ATAS NAMA "J/KUASA SURAU DARUL AMAN KPG KEMUNTING".ATAUPUN SEKIRANYA ANDA HENDAK MENDERMA DALAM BENTUK BARANGAN,ANDA BOLEH HUBUNGI PENGERUSI=TUAN HAJI MOHD TAKIP BIN MOKTHAR-0138392558,SETIAUSAHA=RAHMAN BIN DRIM-0138320054 ATAU BENDAHARI=ABDUL MAJID BIN ROSLI-0194833233.SEGALA SUMBANGAN ANDA,WALAUPUN DALAM BENTUK DOA SEKALIPUN PASTI AKAN MENDAPAT KEBERKATANNYA.

Friday, June 4, 2010


Assalamualaikum...tok lah aku pentadbir dan salah seorang penulis blog ini....selaku Setiausaha bagi Surau darul aman untuk sesi 2010-2012.Kalau ada silap dan salah mohon dimaafkan ya...Anda berilah komen untuk kami perbaiki apa yang kurang,berilah idea agar dapat kami rancangkan.InsyaAllah...................

Tak lain dan tak bukan.Tuan Haji Mohd Takip Bin Mokthar,,,,Pengerusi Surau bagi sesi 2010 hingga 2012.

Ini pula Tuan Haji Nawawi Bin Abdul Rahman Kenai,Penasihat Jawatankuasa surau.Banyak berjasa kepada surau.Orang lama...

inilah menteri kewangan Surau Darul Aman.Saudara Abdul Majid Bin Rosli.

Jasamu dikenang....Saudara Abdul Rahman Bin Arshad,kami doakan anda terus gemilang di Masjid Daerah.Anda contoh yang baik.Gambar diatas adalah majlis kesyukuran kecil kepada mantan pengerusi lama.Ajk yg baru menyampaikan sedikit cenderahati kepada beliau sebagai kenang-kenangan.Malam Jumaat yang sungguh penuh rasa syukur....Aminnnnnn...Semoga kami yang baru ini akan berjaya juga dengan izinnya......sokong kami...jangan pula dicela...bantu kami jangan pula ditinggalkan...

Antara peneraju yang akan meneruskan perjuangan disurau Darul Aman.Dengan berbagai perancangan,idea dan usul,InsyaAllah akan beserta AllAH yang maha kuasa.Kepada umat islam sekampung,sokonglah kami demi surau kita.Kitalah sebenarnya peneraju Islam dikawasan ini.Kitalah Kafilah di bumu Kemunting.Marilah kita sama-sama kehadapaun memperkukuhkan agama kita.