Search This Blog

Pages

Sunday, August 22, 2010

Program Tahlil Perdana Sempena Ramadhan 2010

Assalamualaikam............sempena ramadhan tahun ini,pihak jawatankuasa pengurusan surau darul aman telah merancang utk mengadakan program tahlil perdana.Ia terbuka kepada semua penduduk islam bintulu.Borang dan surat telahpun diedarkan kepada semua,termasuklah difax ke jabatan kerajaan.Setakat ini...sambutan amat menggalakkan.

Tahlil perdana kali ini hanya mengenakan bayaran sebanyak RM10.00 sahaja untuk seorang arwah yang didaftarkan dalam borang.Peserta boleh mendaftar sehingga 5 orang pada setiap borang.Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kpd ajk surau selewat-lewatnya 26/08/10 seperi nama contact dlam borang tersebut.Trimakasih kepada yang dari Kpg kemunting,kpg Assyakirin,kpg baru,rpr sibiew,mlng housing,desa damai,kpg jepak,rpr kidurong,beberapa jabatan kerajaan,syarikat2 persendirian dan banyak lagi yang telah menghantar penyertaan dalam tahlil perdana ini.Tanpa anda siapalah kami!!sama2 kita berdoa,niat baik ini mendapat rahmat Allah SWT pastinya.

Wassalam......................

Thursday, August 19, 2010

Ramadhan oh Ramadhan...........

Assalamualaikum,
Alhamdulillah,...ramadhan datang lagi.Darul Aman sentiasa bersedia...banyak program yg telah berlaku di surau..semuanya berjalan dengan lancar.anatara program yang kami telah dan akan laksanakan adalah:
(1)Menjemput imam dan bilal khas utk sunat tarrawih
(2)Mengadakan gotong royong sebelum ramadhan
(3)Bertadarus seperti tahun2 sebelumnya
(4)Menyediakan mana-mana malam yg kosong jamuan bertadarus
(5)Mengadakan program tahlil perdana sempena ramadhan 1431H pd 28/08/10
(6)Majlis khatamal quran

kepada yang berminat hendak membuat program keagamaan di surau ini dengan syarat tidak menyalahi undang2 sila datang..kami akan pertimbangkan sewajarnya..

derma

assalamualaikum..............
tiada kata atau bahasa..cuma Allah mampu membalasnya.
Diterima derma dari Hock Peng realty Sdn Bhd sebanyak RM500.00
Daripada Lembaga Pelabuhan Bintulu RM5000.00
Semua derma ini diterima adalah untuk Projek amal pembaikan dan pembangunan Surau Darul Aman.moga ianya akan selancar-lancarnya.Moga duit ini juga akan menjadi apa yang dirancang,bukan untuk kegunaan yang lain.Selain wang dermaan ini kita juga telah menerima bekalan simen dari CMS Cement Berhad Bintulu sebanyak 5 Tan.Diharap dengan adanya bantuan2 ini,bersemangatlah semua Ajk memberi tenaga dan idea menjalankan apa yang telah dirancang.Bekerjasamalah kita semua.............Namun kalau ada hamba Allah lagi yang nak menderma..dalam bentuk apapun kita boleh terima..InsyaAllah.

Terimakasih Hock Peng,Lembaga Pelabuhan Bintulu,CMS Cement......................Allah akan membalas budi anda semua..kami berterimakasih dan berdoa di bulan yang mulia ini..

Tuesday, July 27, 2010

ASSALAMUALAIKUM....SELAMAT MENYAMBUT DAN BERPUASA DI BULAN RAMADHAN 2010.SEMOGA USAHA ANDA DI BULAN PUASA INI DIBERKATI.....DATANGLAH BERAMAI-RAMAI KE DARUL AMAN,KITA BERTARRAWIH BERSAMA,BERTADARUS BERSAMA.............BERSEDEKAH BERSAMA-SAMA.................

Tuesday, July 6, 2010

Assalamualaikum....pengumuman kepada semua penduduk Kampung Kemunting.Pihak Pengurusan surau Darul Aman akan mengadakan majlis kecil ceramah Israk dan Mikraj pada hari sabtu,malam ahad 10.06.2010.Oleh yang demikian,semua kaum muslimin dan muslimat dijemput hadir pada majlis tersebut.
Pada sebelah siangnya pada jam 2.30 petang pihak tabung Haji akan mengadakan promosi buka akaun baru untuk kanak-kanak dan dewasa.Kepada sesiapa yang belum mempunyai akaun tabung haji...inilah masanya,hanya RM2.00 untuk buka akaun.Selain dari itu,taklimat ringkas mengenai pendaftaran haji juga diadakan pada masa yang sama.Datanglah beramai-ramai untuk memeriahkan program ini............

Wednesday, June 30, 2010

Assalamualaikum,pada 01.07.2010 hari khamis malam jumaat akan diadakan mesyuarat dikalangan AJK Surau dan beberapa orang kampung.Diharap masalah seperti duri dalam daging dapat diselesaikan segera agar jemaah semakin bertambah.Sesiapa yg membaca atau terbaca artikel ini doakanlah yg terbaik.....

Sunday, June 20, 2010


Syukur alhamdulillah,,,,perancangan awal penambaikan prasarana surau sudah diperingkat kedua perlaksanaannya.Pihak penyumbang projek telah ambil perhatian serius akan pelan rancang yang telah dibuat.Walaupun tidak 100% menyumbang,pihak tersebut telah ambil perhatian yang amat menggalakkan.